Thursday, August 27, 2009

Manusia dan Kuasa Pt. 1

Ini bukanlah satu propaganda, ini adalah ide-ide yang mungkin membuat sesetengah pembaca kembali mengokong dan kembali dikongkong. Mari kita anarki. Apa yang akan tergambar di otak sesetengah manusia? Keganasan? Huru-hara? Bukankah sama kalau dinyatakan mari kita menentang? Menentang dari dikuasai; kehendak yang berlebih,atau pihak atasan. Hapuskan sistem hierarki kerana manusia dilahir bukan untuk mengikut segala tuntutan dunia. Bukan lahir untuk kerajaan. Bukan lahir untuk penguatkuasa. Bukan lahir untuk dibunuh oleh kekejaman fascist. Manusia lahir untuk menuntut segala yang lahiriah dengan diri mereka. Bukan tuntutan yang diwujud oleh manusia sendiri kerana manusia sesama manusia tidak akan dapat memenuhi kehendak masing-masing tanpa kekerasan. Dan, undang-undang oleh manusia ternyata songsang dengan hak dan lumrah hidup manusia. Contoh, dimana hak tahanan ISA untuk bersuara membela diri? Sedangkan dia mempunyai mulut dan sistem akal yang mampu untuk dia berbicara,mempunyai hati untuk merasa, dan segala sistem biologi yang lain yang membuatkan manusia mampu dan layak untuk bersuara untuk hak mereka,dan siapa penguatkuasa ini untuk mengunci mulut tahanan-tahanan ini? Siapa polis untuk menyalahguna kuasa demi kepentingan sendiri? dan siapa yang memberi mereka KUASA? Apa itu kuasa dalam sistem berkerajaan? Kuasa yang diberi oleh manusia lain kepada manusia lain, apa yang ada pada manusia cuma beza akal dan ide yang mampu mempengaruhi tindakan. Segala sistem ada cara untuk dipatahkan, semua sistem tidak sempurna. Tiada sesiapa yang berkuasa atas satu sama lain dalam kalangan manusia ni. Percayalah jika kita bertindak atas dasar kemanusiaan,kelak perjuangan ini berbaloi kerana apa yang dilakukan oleh penindas amatlah busuk sehingga satu hari nanti akan terhidu ramai dari persembunyian. Ini bukan ide oleh mana-mana parti. Ini ide libertarian. Mana-mana parti pun sama sahaja kerana manusia mudah lupa diri bila di kedudukan. Lihatlah statue yang dibina untuk Abraham Lincoln, kerusi yang didudukinya itu jauh sekali dari perkataan empuk mahupun selesa untuk dinikmati. Tetapi dengan binaan yang tampak kukuh dan tapak yang lebar,kerusi itu mewakili kuasa yang dimiliki pemimpin itu. Si Abe ni amat selesa dengan kedudukannya kerana dapat menikmati kuasa yang dimilikinya. Kebanyakan kerajaan pusat sama. Kejam demi kepentingan negara bukan isi negara. Ingat, tanpa rakyat, tidak akan wujud kerajaan. Kenapa amat sedikit manusia yang sedar akan keadaan ini? Bukan susah untuk menggulingkan kerajaan zalim. to be continued..