Thursday, January 29, 2009

"eh,apsal kau hidup lagi?"

aku ingat dah habis..terkelip kelip mata aku asap dari hasil bakaran di celah jariku menerpa kornea ku..persetankan soal melayu jika aku asyik termenung begini..dah tentu melayu kuat termenung, berangan..aku bukan berangan..merancang..berfikir..fikir soal aku dan apa aku nak buat setiap kali selepas setiap pagi aku sapa diri aku dalam cermin,"eh,apsal kau hidup lagi hari ni?"
Makin lama aku fikir makin melalut..terus aku monolog"tuhan ada tugas untuk kau tu.."..Tuhan..
Emm..aku pernah bicara soal amanat yang di perintah di saat aku dilahirkan..si sahabat aku ni, terlalu banyak menyoal.."kau tahu kenapa kau turun kat dunia?", aku jawab dengan bersahaja.."entah,fungsi biologi.." sahabat aku berkata lagi.."amanat mir amanat"..aku angguk je..
Ingin saja aku jawab jawapan yang sama..diturutnya pula dengan soal bukti..bukti,bukti..
Sambung pasal kenapa aku masih mampu bernafas dan bergerak dan berfikir normal..normalkah?
Bagi siapa aku normal? Apa itu normal? Kalau aku normal sudah tentu kebanyakan perkara aku buat serupa dengan majoriti..Salah penggunaan kata di situ. Aku bukan normal..aku mungkin relevan..
Soalnya aku masih hidup hanya kerana secara metaforanya adalah untuk menonton wayang dan pilih pengaruh yang mana satu aku akan pilih untuk pembawakan watak.
Pendek kata, aku HIDUP untuk MATI, vice versa. Faham idea ini? Antara ayat tersebut,tersimpul berjilid-jilid ensiklopedia untuk menghuraikan maksudnya..aku sendiri masih mencatat..

-amir

No comments:

Post a Comment